BASIC ICT CLASS: PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2025

Aktiviti terkini | 13 Jun 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Felda Layang-Layang

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
• Peserta diminta ke portal idMe: https://idme.moe.gov.my/login
• Daftar sebagai pengguna baru dan mengisi maklumat untuk mendaftar.
• Teruskan permohonan dan klik permohonan baru.
• Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
• Lengkapkan maklumat berikut:
I. Maklumat murid
II. Maklumat kesihatan
III. Maklumat penjaga
• Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
• Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
• Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
• Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar pada bahagian paling bawah menu.
• Status permohonan murid akan dipaparkan.
• Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Tujuan:
• Garis panduan pendaftaran permohonan kemasukan ke tahun 1 bagi sesi 2025

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Peserta perlu mendaftar hanya di portal idME.
• Mengisi maklumat keluarga dan juga maklumat Kesihatan anak.
• Pemilihan sekolah bagi kemasukan ke tahun 1

Kelebihan:
• Peserta dapat mempelajari sendiri cara untuk mendaftar secara atas talian dengan bimbingan dari petugas NADI.
• Lebih mahir dalam menggunakan papan kekunci dan juga tetikus.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama